Friday, December 31, 2010

Selamat tahun Baru 2011

KRTDA mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2011, semoga tahun ini KRTDA akan terus cemerlang dan dapat menjalankan aktiviti serta merapatkan jurang serta ukhwah di kalangan semua penghuni...Mohon maaf di atas kekurangan serta kesilapan.

Monday, December 20, 2010

Perlawanan Akhir Lelaki Kejohanan Badminton KRTDA 2010

Sedutan Perlawanan Akhir Lelaki Kejoahanan Badminton KRTDA 2010 yang telah berlangsung di Dewan Melati pada 19 Disember 2010, di antara Yusri/Kamarul dan Fitri/Raja Azizan. Satu perlawanan menarik dan sengit yang cukup mendebarkan berkesudahan dimenangi oleh beregu Yusri/Kamarul...tahniah!!


Wednesday, December 15, 2010

Latihan Bebas Peserta Kejohanan Badminton KRTDA

Tarikh: 12 Dis 2010
Masa  : 9.00 - 11.30 Malam
Tempat : Dewan Desa Melati

Kira-kira 20 peserta hadir bagi sessi latihan bebas terakhir sebelum bermula kejohanan sebenar pada 19 Dis nanti. Masing-masing hadir bersama pasangan beregu bagi membina persefahaman. Di bawah adalah di antara foto yang sempat dirakam pada malam tersebut.


Tuesday, December 14, 2010

Pertandingan Mewarna Sempena Kejohanan Badminton KRTDA 2010

Urusetia Kejohanan Badminton KRTDA pada tahun ini bakal mamperkenalkan satu acara baru untuk kanak-kanak bersempena Kejohanan pada tahun ini, iaitu pertandingan mewarna bagi kanak-kanak 12 tahun ke bawah.

Pertandingan ini berlangsung semasa perlawanan badminton diadakan iaitu pada jam 9.15 pagi. Tiada yuran penyertaan dikenakan, akan tetapi hanya 20 penyertaan akan diterima memandangkan faktor ruang yang agak terhad.

Objektif utamanya adalah untuk mencungkil bakat si cilik dari Desa Anggerik, di samping memberikan ruang kepada kaum ibu dan bapa yang menyertai kejohanan badminton untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada perlawanan yang mereka hadapi, juga mengelakkan kanak-kanak yang hadir mengganggu kelancaran perlawanan. Hadiah menarik turut disertakan, siapa cepat, dia dapat.

Friday, December 10, 2010

Trofi Kejohanan

Dengan tirai Kejohanan Badminton semakin hampir, trofi hadiah kemenangan kini menanti pemiliknya  yang bakal diserahkan pada 19 Disember nanti.
Sama-samalah kita nantikan pemenang kategori Lelaki dan Wanita yang bakal digelar Campeone bagi acara beregu Desa Anggerik.

Kita jumpa di sana!!!!

Thursday, December 9, 2010

Terkini Menjelang 10 Hari Kejohanan

Menjelang 10 hari ke Kejohanan Badminton KRTDA kali ke-2, terdapat beberapa perubahan dalam format pertandingan tahun ini. Antara pembaharuan yang diperkenalkan adalah:

1. Urusetia bersetuju untuk mengadakan perlawanan 'pertunjukan' bagi kanak-kanak ataupun remaja dibawah umur 14 tahun. membabitkan 4 orang peserta, iaitu adik Fiqry bin Asri, Zhamil Harris bin Kamarulzaman, Ammar Zaquan Bin Hj Abd Rahim, dan anak kepada En Jamil (namanya masih dirahsiakan-taktikal)

Penyertaan untuk wanita dihadkan kepada 8 orang sahaja atau 4 beregu dan statusnya telah ditutup. Manakala, hanya terdapat 4 tempat lagi bagi penyertaan peserta lelaki. Kepada yang masih berkira-kira, cepat sebelum terlambat!!!

Thursday, December 2, 2010

Majlis Undian Pasangan Beregu Kejohanan Badminton KRTDA

PERHATIAN!!!!

Kepada semua peserta Kejohanan Badminton KRTDA 2010 yang sudah atau belum menghantar borang penyertaan, sila hadir ke Majlis Undian seperti yang berikut:

Tarikh : 2 Disember 2010
Jam    : 9.00 malam
Tempat : Bilik Gerakan KRTDA

Sesiapa yang tidak hadir, undian akan dilakukan oleh urusetia kejohanan...

Friday, November 19, 2010

Sekitar Majlis Qurban 1431H

Sekitar Majlis Qurban sempena aidiladha 1431H di Surau Desa Anggerik. Majlis bermula jam 10pagi dengan seekor kambing dan lembu dikorbankan. Kira-kira 50 orang ahli kariah hadir. Majlis berakhir pada jam 3.00 petang dengan majlis jamuan serta pengagihan daging korban. SDa mengucapkan terima kasih kepada yang hadir membantu dan semoga semua amalan dan pengorbanan kita diterima oleh Allah SWT hendaknya...















Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha

KRTDA dan SDA mengucapkan Salam Aidiladha kepada semua penghuni Desa Anggerik dan penduduk sekitar. Insya-Allah, majlis korban akan diadakan pada pagi hari raya (17 Nov)

Marilah kita pengajaran sempena hari yang penuh barokah ini dengan mengukuhkan perpaduan dan tali silaturrahin sesama kita, mudah-mudahan diberkati Allah SWT

Saturday, November 13, 2010

Kritikan terbaru utk KRTDA...

Gotong-Royong Surau Desa Anggerik Sempena Aiduladha 1431H

SDA akan menganjurkan satu program gotong-royong bersempena Hari Raya Aidil Adha 1431H yang akan disambut pada 17 Nov ini, bersamaan hari Rabu.
Berikut adalah maklumat berkaitan:
Tarikh : 14 Nov 2010
Masa : 9.00 pagi
Hari   : Ahad

Semua penghuni Desa Anggerik dijemput hadir.

Juga AJK SDA ingin mengingatkan semua jemaah agar lebih berhati-hati ketika hendak menunaikan solat. Pastikan tiada barangan berharga dan kunci TIDAK ditinggalkan pada kenderaan. Terdapat segelintir individu yang tidak bertanggungjawab sering memantau kecuaian jemaah untuk mengambil kesempatan.

Gambar-gambar sekitar Majlis Gotong Rotong 

 



  

Rosak pulak mesin rumput nih....mekanik/pakar sedang 'menggodek' mesin rumput

Wednesday, November 10, 2010

Kejohanan Badminton KRTDA kembali

KRTDA akan menganjurkan Kejohanan Badminton kali Ke-2 yang dijadualkan pada 19 Disember 2010 nanti. Format pertandingan dikekalkan iaitu perlawanan melibatkan bergu lelaki dan wanita.

Yuran penyertaan adalah RM10 sahaja, dan terbuka untuk penghuni Desa Anggerik. Sebanyak 32 pemain lelaki dan 16 pemain wanita diperlukan, dan tempat terhad, siapa cepat, dia dapat! Hadiah disediakan kepada pemenang yang berjaya ke peringkat separuh akhir. Semua peserta akan diberikan baju-T ekslusif  kejohanan.

KRTDA pada kali ini berkolebrasi dengan Putra Nilai Badminton Club yang bertindak sebagai penasihat teknikal. Berminat? Sila hubungi segera En. Alwi (019-6417184) atau En Azman (019-6094860)
Untuk dapatkan borang penyertaan klik disini:
http://i278.photobucket.com/albums/kk101/nurfitrah_02/IMG.jpg

Thursday, November 4, 2010

Mesyuarat Sempena Hari Raya Korban & KRT Desa Anggerik

Satu mesyuarat telah diadakan di Surau Desa Anggerik pada 4 Nov jam 8.45 malam bagi membincangkan persiapan menyambut Hari Raya Korban dan program peyembelihan sempena Aidiladha. Pengerusi SDA turut menyentuh mengenai persiapan dan aturcara sempena majlis tersebut. Juga akan diadakan gotong-royong membersihkan SDA dan persediaan berkaitan dengan majlis tersebut.

Dalam Majlis sama selepas itu juga diadakan meyuarat KRT Desa Anggerik. Pengerusinya turut menyentuh perkembangan terbaru bagi RT dan berharap akan ada anjakan paradigma khususnya di kalangan ahli. Mesyuarat berakhir pada jam 10.00 malam.