Thursday, March 26, 2009

Pengumuman Mengenai Jadual Rondaan SRS



Jadual Rondaan Skim Rondaan Sukarela (SRS), Rukun Tetangga Desa Anggerik bagi bulan April-Jun 2009 sudah pun siap untuk edaran.

Pengerusi KRTDA, Mej (B) Jamian Jumi akan melakukan edaran kepada ketua-ketua kumpulan dalam masa terdekat. Di harap ketua-ketua kumpulan akan mengedarkan kepada ahli-ahli secepat mungkin. Format rondaan adalah seperti bulan Januari- Mac 2009. Di harap semua ahli SRS dan penghumi Desa Anggerik akan dapat menyertai rondaan pagi bermula jam 2.00 hingga 5.00 pagi. Terima Kasih!

KRTDA sokong Earth Hour



Pada tanggal 28 Mac 2009, sebagai menyambut kempen menyelamatkan bumi, KRTDA menyokong penuh usaha yang dipelopori World Wildlife Federation (WWF) untuk bersama menyelamatkan bumi dari kesan rumah hijau dengan memadamkan lampu rumah selama sejam bermula 8.30 hingga 9.30 malam.

Moga usaha ini akan sedikit sebanyak mengurangkan kadar pemanasan bumi yang mana program ini melibatkan seluruh dunia, tidak kira di mana atau di negara mana. Pada jam 8.30 malam, tanggal 28 Mac, dunia akan bergelap seketika selama satu jam sahaja. Ayuh , kita sahut seruan ini!

Wednesday, March 11, 2009

Ceramah Maulidur Rasul

SURAU DESA ANGGERIK


MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1430H@2009M

Surau Desa Anggerik akan mengadakan majlis sambutan Maulid seperti berikut :

Tarikh : 14 Mac 2009 @ 17 Rabiul Awal 1430H
Hari : Sabtu
Masa : Bermula dari Solat Maghrib @ 7.30 Malam
Tempat : Surau Desa Anggerik
Penceramah : Ustaz Sheikh Ahmad Yamani & Ustaz Cek Majid

Semua ahli kariah Surau Desa Anggerik dijemput hadir bagi meraikan majlis sambutan Maulid. Sumbangan tuan/puan amatlah dialu-alukan. Sebarang sumbangan dan pertanyaan boleh dimajukan kepada AJK Surau Desa Anggerik :

Pak Sayed (012-23110674), Cikgu Mokhtar (013-6652289), Kamaruddin WM (019-3653869), Mej. Jamian (016-6378537) & Tn Hj Ameer (012-6035544)