Sunday, July 27, 2008

Kempen Penjimatan Petrol



Biro Rekreasi, KRTDA hari ini (27 Julai 2008) melancarkan program penjimatan penggunaan petrol bagi ahli KRTDA bertempat di perkarangan Surau Desa Anggerik.

Seorang Mekanik khas dari Seremban mengendalikan proses pemasangan berasaskan penggunaan air bagi mengurangankan penggunaan petrol dalam enjin kenderaan. Caj dikenakan adalah hanya RM40.00 di mana RM10 disumbangkan oleh peserta kepada Surau Desa Anggerik dan KRTDA.


Dengan penggunaan sistem ini, dijangka pengunaan petrol mampu dijimatkan sehingga 30% disamping menambahkan lagi kuasa 'pick-up' kenderaan. Sebanyak 9 buah kenderaan yang telah dipasangkan dengan alat ini, program bermula jam 10.00 pagi dan berakhir pada 1.00 tengahari.
Encik Zahari yang turut memasang komponen tersebut pada enjin keretanya memberitahu bahawa terdapat perbezaan ketara dari segi prestasi enjin keretanya berbanding sebelum ini. Perasaan ini turut dikongsi oleh beberapa peserta lain yang turut berpuas hati dengan kosnya yang amat menjimatkan.

Biro Rekreasi, En. Muhlis memaklumkan bahawa seperti program ini berkemungkinan akan diteruskan lagi pada masa akan datang bergantung kepada permintaan ahli KRTDA.
"BERJIMAT SAMBIL BERAMAL"

Saturday, July 26, 2008

Ceramah Israk Mikraj 1429H


PERUBAHAN/PEMBETULAN

Surau Desa Anggerik, Putra Nilai

Assalamualaikum wbk...

Program Ceramah Sempena Israk & Mikraj 1429H

Tarikh : 1 Ogos 2008 (30 Rejab 1429H)
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 PM
Tempat : Surau Desa Anggerik
Penceramah : Ustaz Mohd Basri (USIM)

Semua Penduduk Desa Anggerik dijemput hadir, Sebarang sumbangan boleh disalurkan kepada Pengerusi Surau; Tuan Syed dan Pengerusi Persatuan Penduduk; Mej (B) Jamian, Semoga usaha kita semua diberkati...

Tuesday, July 22, 2008

Mesyuarat KRTDA Bulan Julai 2008

Notis
Tarikh : 27 Julai 2008
Tempat : PT12942, Tingkat 1, Jalan BBN 1/7D
Putra Indah, Putra Nilai
Jam : 2.00 petang
Semua AJK/Penduduk di jemput hadir.

Kejohanan Badminton Terbuka KRTDA 2008


KRTDA akan mengadakan satu kejohanan badminton terbuka kepada semua Penghuni Desa Anggerik.

Tarikh : 24 Ogos 2008
Hari : Ahad
Masa : 8.30 AM ~ 4.30 PM
Tempat : Stadium Tertutup Nilai
Yuran : RM 5.00 shj
Acara : Bergu

Pasangan bergu akan ditentukan melalui undian yang akan dijalankan pada 10 Ogos 2008, bertempat di Bilik Gerakan KRTDA pada jam 9.00 malam. Tarikh tutup penyertaan pada 9 Ogos 2008, dapatkan maklumat pada borang penyertaan dan kembalikan borang tersebut kepada Pengerusi KRTDA berserta wang RM5. Setiap penyertaan akan diberikan Baju T esklusif kejohanan. Bergu yang layak ke separuh akhir akan menerima hadiah lumayan berserta piala. Cepat...siapa cepat dia dapat! Terhad kepada 36 pemain lelaki dan 18 pemain wanita tanpa had umur!!!

Monday, July 21, 2008

Kawasan Rukun Tetangga Desa Anggerik



SELAMAT DATANG





KAWASAN RUKUN TETANGGA DESA ANGGERIK, PUTRA NILAI, NSDK





Kawasan Rukun Tetangga Desa Anggerik (KRTDA) terletak di Putra Nilai yang dahulunya dikenali sebagai Bandar Baru Nilai, berada di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Majlis Perbandaran Nilai (MPN) merupakan suatu penempatan yang pesat membangun.



KRTDA ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2006 diketuai oleh Tuan Haji Ameer Bin Mansor, yang juga pada tahun sama menggerakkan Skim Rondaan Sukarela (SRS). Kepimpinan bertukar pada tahun 2008, dan kini KRTDA berada di bawah pimpinan Mejar (B) Jamian Bin Jumi dan di bantu oleh En. Rosli Bin Yusof. SRS kini dianggotai oleh lebih 300 sukarelawan terdiri daripada penghuni Desa Anggerik dan Pelajar/kakitangan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).