Tuesday, February 17, 2009

Peringatan Dari Majlis Perbandaran Nilai


SEREMBAN Pemilik anjing di sekitar kawasan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) yang belum memohon lessen memelihara haiwan berkenaan diminta berbuat demikian bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan diambil ke atas mereka.
Yang Dipertua MPN, Datuk Abd. Halim Abd. Latif berkata, mengikut Uandang-Undang Kecil Perlesenan Anjing (MPN) 2008, setiap anjing yang berusia tiga bulan ke atasperlu dilesenkan. Jelas beliau, pemohon lessen memelihara anjing dikehendaki menyertakan surat keizinan daripada jiran disamping bayaran yuran sebanyak RM20.
“Setiap pemilik hendaklah memastikan anjing peliharaannya berada dalam keadaan bersih dan melupuskan najis haiwan tersebut dengan sempurna,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini semalam.
Selain itu, menurut Abd. Halim, pemilik perlu memastikan anjingnya tidak tidak menimbulkan sebarang kacau ganggu kepada orang awam seperti menyalak tidak henti-henti.
Beliau memberitahu anjing juga perlu diikat dengan tali atau rantai setiap kali dibawa keluar oleh pemiliknya.
Menurutnya, pemilik juga diminta mengawasi anjing masing-masing supaya tidak berkeliaran di luar premis kediaman dan MPN berkuasa menangkap anjing yang berkeliaran di kawasan awam. Orang ramai boleh menghubungi Jabatan perkhidmatan Perbandaran dan kesihatan MPN di talian 06-7989099, 7989098 atau 7899097 untuk maklumat dan keterangan lanjut tentang pemohonan lessen memlihara anjing. Sumber: Utusan Malaysia 16 Jan 2009

Kerajaan Umum Keistimewaan buat Rukun Tetangga



KOTA BHARU 31 Dis. Kakitangan kerajaan yang menjalankan tugas dalam Skim Rondaan Sukarela (SRS) di kawasan Rukun Tetangga seluruh negara akan berpeluang mendapat pelepasan waktu kerja dua kali sebulan.

Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasioanal, Datuk Azman Amin Hassan berkata, pihaknya sudah menerima surat pekeliling daripada Jabatan perkhidmatan Awam (JPA) pada 23 Disember lalau mengenai keputusan tersebut.

Menurut beliau, mereka perlu mendapatkan kelulusan pelepasan waktu bekerja dari ketua jabatan masing-masing terlebih dahulu sebelum menjalankan tugas rondaan.

“Mereka antara lain dikehendaki menyertakan dokumen sokongan iaitu jadual rondaan yang telah disahkan oleh jawatankuasa Rukun Tetangga kawasan,” katanya di sini hari ini.
Beliau menjelaskan, pelepasan cuti yang diberikan tentunya mengambil kita ia tidak akan menjejaskan tugas di pejabat masing-masing.

“Bagaimanapun, bagi kakitangan swasta, kita belum selesai lagi kerana banyak masalah perlu dibincangkan,” katanya.

PA Sistem SDA di Curi!

Pada 5 februari yang lalu, PA sistem milik Surau Desa Anggerik telah didapati hilang. Kejadian dikatakan berlaku sekitar jam 5.30 hingga 7.00 petang itu hanya disedari jemaah apabila tiba untuk solat Maghrib.

Beberapa jemaah yang ditemui berkata, semasa solat asar segalanya berada dalam keadaan biasa, dan menjelang solat maghrib, pintu bilik PA didapati tidak berkunci dan baharulah mereka menyedari Pa sistem telah dilarikan. Ini merupaka kali ketiga kejadian serupa berlaku.

Sehubungan dengan itu, sebuah jeriji besi telah pun dibuat bagi mengelakkan kejadian serupa berulang. Satu derma kilat juga telah dilancarkan untuk membeli sistem PA yang baru dan Surau Desa Anggerik telah beroperasi seperti biasa pada keesokan harinya.