Friday, January 14, 2011

Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-63

KRT Desa Anggerik  ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan pengukuhan lagi taat setia kebawah Duli Baginda Tuanku, sempena Hari Keputeraan Baginda yg ke-63, pada hari ini.

Semoga Allah lanjutkan usia Baginda Tuanku dalam ketaatan beragama dan diberikan taufiq serta hidayah dalam memimpin Negeri bertuah ini, Negeri Sembilan dengan penuh keadilan berlandaskan hukum Syara' dan kebulatan Adat nan tak lapuk dek hujan, tak lokang dek paneh yakni Adat Perpatih.
KRT Desa Anggerik  juga turut berbangga dengan perlantikan Baginda Tuanku yg dikatakan orang bagai
"Pinang pulang ke tampuk,
 Sirih pulang ke gagang,
 Ayam pulang kepautan."
Seluruh rakyat Negeri Sembilan yakin bahawa dibawah pemerintahan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, seluruh rakyat akan mengecapi kemakmuran dan pelbagai kemudahan kerana Baginda terkenal sebagai seorang raja yang sedar akan tanggungjawab serta kasih akan seluruh rakyat jelata.

Semoga Baginda Tuanku tetap didalam pemerintahan diberikan perlindungan oleh Allah dalam menjalankan  amanah sebagai payung rakyat di seluruh Alam Negeri Sembilan ini.
DIRGAHAYU TUANKU!!!

Salam Takziah

KRT Desa Anggerik merakamkan ucapan takziah buat seluruh keluarga En Zahari di atas pemergian bapanya ke Rahmatullah pada 11 Januari yang lalu, Semoga Rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman. En Zahari yang merupakan seorang AJK KRT yang sentiasa bergiat aktif dalam KRT pastinya merasakan kehilangan yang amat sangat. Al-Fatihah

Saturday, January 8, 2011