Wednesday, February 16, 2011

2,688 kes denggi dilaporkan setakat 10 Feb

Sebanyak 2,688 kes denggi dilaporkan di seluruh negara dengan enam kematian setakat Khamis lepas, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau berkata jumlah itu jauh berkurangan berbanding 5,848 kes dengan 20 kematian yang dilaporkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Sejumlah 46,171 kes denggi dilaporkan dengan 134 kematian sepanjang tahun lepas, katanya.

dengue malaria mosquito outbreak fogging 290905"Walaupun terdapat penurunan dari segi jumlah kes dan angka kematian ini tidak bermakna kita boleh merasa selesa," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Program Gotong Royong Perdana di Kampung Pengalat Besar, dekat Papar hari ini.

Dalam perkembangan lain, Rosnah yang juga anggota Parlimen Papar berkata aktiviti gotong royong perlu dipergiatkan untuk memerangi nyamuk aedes.

“Program gotong royong ini mempunyai dua objektif yang cukup murni iaitu mengeratkan tali silatulrahim di antara semua yang terlibat dan menjadi pencetus kepada usaha membudayakan aktiviti gotong royong dan pengenalan pembersihan
sebagai amalan kehidupan masyarakat kita,” katanya.

Rosnah berkata kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk menghapuskan nyamuk aedes dan mengurangkan insiden jangkitan demam denggi dengan meningkatkan pengetahuan serta menterjemahkan kesedaran tentang bahaya demam denggi kepada aktiviti pencegahan secara berterusan.

--Bernama

Monday, February 14, 2011

Salam Maulid-ur-Rasul

KRTDA menucapkan Selamat Menyambut Maulid-ur Rasul 1431H, bersama-sama kita menghayati sirah dan perjuangan Baginda SAW. Bagi mereka yang berkelapangan, sertailah perarakan Maulidurrasul di Masjid Putra, Bandar Baru Nilai pada jam 7.30 pagi, 15 Februari 2011, dan aktiviti ceramah di Surau Desa Anggerik pada sebelah malamnya.

Tuesday, February 1, 2011

Happy Chinese New Year




KRTDA mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua penduduk berbangsa cina, semoga tahun ini akan memberikan kebahagiaan dan keselamatan bagi semua penduduk di Desa Anggerik.