Tuesday, February 17, 2009

Peringatan Dari Majlis Perbandaran Nilai


SEREMBAN Pemilik anjing di sekitar kawasan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) yang belum memohon lessen memelihara haiwan berkenaan diminta berbuat demikian bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan diambil ke atas mereka.
Yang Dipertua MPN, Datuk Abd. Halim Abd. Latif berkata, mengikut Uandang-Undang Kecil Perlesenan Anjing (MPN) 2008, setiap anjing yang berusia tiga bulan ke atasperlu dilesenkan. Jelas beliau, pemohon lessen memelihara anjing dikehendaki menyertakan surat keizinan daripada jiran disamping bayaran yuran sebanyak RM20.
“Setiap pemilik hendaklah memastikan anjing peliharaannya berada dalam keadaan bersih dan melupuskan najis haiwan tersebut dengan sempurna,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini semalam.
Selain itu, menurut Abd. Halim, pemilik perlu memastikan anjingnya tidak tidak menimbulkan sebarang kacau ganggu kepada orang awam seperti menyalak tidak henti-henti.
Beliau memberitahu anjing juga perlu diikat dengan tali atau rantai setiap kali dibawa keluar oleh pemiliknya.
Menurutnya, pemilik juga diminta mengawasi anjing masing-masing supaya tidak berkeliaran di luar premis kediaman dan MPN berkuasa menangkap anjing yang berkeliaran di kawasan awam. Orang ramai boleh menghubungi Jabatan perkhidmatan Perbandaran dan kesihatan MPN di talian 06-7989099, 7989098 atau 7899097 untuk maklumat dan keterangan lanjut tentang pemohonan lessen memlihara anjing. Sumber: Utusan Malaysia 16 Jan 2009