Thursday, March 26, 2009

KRTDA sokong Earth Hour



Pada tanggal 28 Mac 2009, sebagai menyambut kempen menyelamatkan bumi, KRTDA menyokong penuh usaha yang dipelopori World Wildlife Federation (WWF) untuk bersama menyelamatkan bumi dari kesan rumah hijau dengan memadamkan lampu rumah selama sejam bermula 8.30 hingga 9.30 malam.

Moga usaha ini akan sedikit sebanyak mengurangkan kadar pemanasan bumi yang mana program ini melibatkan seluruh dunia, tidak kira di mana atau di negara mana. Pada jam 8.30 malam, tanggal 28 Mac, dunia akan bergelap seketika selama satu jam sahaja. Ayuh , kita sahut seruan ini!

No comments: