SELAMAT DATANG
KAWASAN RUKUN TETANGGA DESA ANGGERIK, PUTRA NILAI, NSDK
Kawasan Rukun Tetangga Desa Anggerik (KRTDA) terletak di Putra Nilai yang dahulunya dikenali sebagai Bandar Baru Nilai, berada di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Majlis Perbandaran Nilai (MPN) merupakan suatu penempatan yang pesat membangun.
KRTDA ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2006 diketuai oleh Tuan Haji Ameer Bin Mansor, yang juga pada tahun sama menggerakkan Skim Rondaan Sukarela (SRS). Kepimpinan bertukar pada tahun 2008, dan kini KRTDA berada di bawah pimpinan Mejar (B) Jamian Bin Jumi dan di bantu oleh En. Rosli Bin Yusof. SRS kini dianggotai oleh lebih 300 sukarelawan terdiri daripada penghuni Desa Anggerik dan Pelajar/kakitangan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
3 comments:
Tahniah dan sysbas kerana mengambil inisiatif mengujudkan blog khusus untuk kepentingan taman kita. Wonderful! Semoga blog ini aktif dan dapat menyumbang secara positif kearah perpaduan dan keamanan.
Zamri PT5596
Terima kasih Tn Hj Zamri... sokongan anda amat dihargai..
Post a Comment