
KEJOHANAN BADMINTON KRTDA 2008
KRTDA ADALAH DI BAWAH JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL TERLETAK DI PUTRA NILAI, NSDK



Pada 10 Ogos jam 9.00 malam, bertempat di Bilik Gerakan KRTDA, undian kejohanan bagi menentukan pasangan dan kedudukan peserta Kejohanan Badminton KRTDA.
Lakaran di sebelah kiri menunjukkan kerja-kerja pembesaran ruan Solat Muslimat yang sekaligus menjadi permulaan kepada pembetulan ke arah Kiblat sebenar. Ruang berlorek menunjukkan kawasan yang terlibat dengan proses pembesaran peringkat 1 dan ruang dengan garisan putus-putus adalah perancangan jangka masa hadapan sekali gus menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan arah kiblat dan kedudukan Surau DA. Kerja-kerja ini telah dimulakan pada 5 Ogos 2008, oleh En. Syam.
Seorang Dermawan dari Desa Anggerik telah berbesar hati menyumbangkan sejumlah wang untuk tujuan di atas, dan Pihak AJK Surau Desa Anggerik terus mengalu-alukan kepada pihak yang bermurah hati untuk terus menyalurkan bantuan berbentuk wang dan buah fikiran. Sila berbuat demikian dengan menghubungi Pengerusi Surau , Tuan Syed di 012-3110674. Semoga niat suci kita semua dirahmati dan diberkati, Amin...
Kejohanan Badminton Terbuka KRTDA 2008 kini tinggal kurang 2 minggu. Penduduk Desa Anggerik yang telah mendaftar sebagai peserta kejohanan badminton dilihat mula berlatih meningkatkan stamina dan skil individu masing-masing untuk menghadapi kejohanan badminton buat julung-julung kali diadakan.
sih berbisa sekaligus melaungkan amaran agar kategori mereka nanti tidak dipandang sebelah mata. Chef Kadir umpamanya, mampu membuatkan lawannya berlari ke segenap gelanggang untuk mengembalikan bulu tangkis. Jelas, beliau bukan sahaja pakar di dapur, tetapi gerakan tangan yang mengenggam senduk dan sudip sesekali membuatkan lawan tercungap kepenatan, begitu juga En. Jamil, Haji Rahim, Pak Akob dan En. Abu.
My site is worth$1,608.6Your website value?