Sunday, September 18, 2011

OFF AFTER MIDNIGHT RT DUTY

KUALA LUMPUR: Civil servants who take part in Rukun Tetangga (RT) duty past midnight will get four hours time off the next day. Department of National Unity and Integration director-general Datuk Azman Amin Hassan said that the Public Services Department would soon issue a circular to all government employees.
However, he said the civil servant would only be allowed to do two stints of after-midnight RT duty in a month so he would not take too much time off work.
Speaking to reporters before closing a two-day conference for 250 RT volunteer leaders nationwide, he said they had also asked for an increase in allocation to RT bases. Currently, there are 50,700 RT volunteers who do patrolling duties nationwide in 1,274 RT centres.
In Kuantan, Unity, Culture, Arts and Heritage Minister Datuk Seri Mohd Shafie Apdal said RT members would get to attend an intelligence gathering course to help them detect early signs of potential danger.
“By giving them proper training and knowledge on how to gather information, they can actually help detect early signs of elements that may jeopardise the unity and safety of the community at large,” he said on Saturday.
STAR 24 NOV 2008

Enakmen Baru Kawasan Rukun Tetangga Bakal Dibentang


KUALA LUMPUR: Enakmen baru bagi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) akan dibentang di Parlimen tidak lama bagi menggantikan enakmen sedia ada yang dibentangkan pada tahun 1975 di bawah Ordinan Darurat 1969, yang akan dimansuhkan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata, undang-undang baru itu juga akan meliputi Skim Rondaan Sukarela (SRS) di bawah KRT.
"Kabinet bersetuju secara prinsipnya terhadap cadangan undang-undang baru ini, bagi mengukuhkan KRT dan SRS," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam Khamis mengumumkan, kerajaan akan membawa usul kepada Parlimen supaya tiga proklamasi darurat yang diisytihar dahulu dan dianggap masih berkuatkuasa sehingga kini ditamatkan.
Usul di bawah Fasal 3, Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan itu adalah selaras dengan aspirasi rakyat yang mahukan Malaysia menjadi lebih terbuka lagi dinamik demokrasinya.
Koh berkata, beliau sudah mengatur perbincangan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung perkara itu. - BERNAMA

Friday, August 26, 2011

Thursday, July 28, 2011

PANDUAN PENGENDALIAN SKIM RONDAAN SUKARELA DI BAWAH PERATURAN-PERATURAN PERLU RUKUN TETANGGA (1975)

1. PENDAHULUAN

1.1. Skim Rondaan Sukarela adalah suatu skim yang dipohon oleh pemastautin sukarelawan di bawah Peraturan 27A, Peraturan-Peraturan Perlu Rukun Tetangga (1975), Pindaan 1988.

1.2. Skim ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Rukun Tetangga yang bertindak sebagai Jawatankuasa Skim, manakala rondaan dilaksanakan oleh tidak kurang dari 20 pemastautin sukarelawan yang memohon untuk melaksanakan rondaan di sebahagian atau di seluruh kawasan Rukun Tetangga.

1.3. Skim Rondaan Sukarela dijangka menjadi tulang belakang bagi program serta aktiviti Rukun Tetangga kerana ia boleh mencegah kejadian dan gejala sosial negatif di samping dapat merapatkan hubungan Rukun Tetangga dengan penduduk setempat.

2. TAFSIRAN

2.1. Skim Rondaan Sukarela bermaksud satu skim yang dipohon sendiri oleh pemastautin dan apabila diluluskan akan dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Skim dengan kerjasama Pemastautin Sukarelawan dalam sesuatu Kawasan/Sektor Rukun Tetangga yang berkenaan.

2.2. Jawatankuasa Skim bermaksud Jawatankuasa Kawasan/Sektor yang mengendalikan Skim Rondaan Sukarela dalam Kawasan/Sektor Rukun Tetangga yang berkenaan.

2.3. Ahli Jawatankuasa Skim bermaksud Ahli Jawatankuasa Kawasan/Sektor Rukun Tetangga yang mengendalikan Skim Rondaan Sukarela dalam Kawasan/Sektor Rukun Tetangga yang berkenaan.

2.4. Pemastautin Sukarelawan bermaksud seseorang yang telah membuat permohonan melalui Borang Enam dan Tujuh untuk menyertai Skim tersebut.

2.5. Peralatan Rondaan bermaksud peralatan bagi menjalankan Skim Rondaan Sukarela adalah seperti vest, wisel, cota, lampu picit, baju hujan dan lain-lain yang dibekalkanoleh Jawatankuasa Skim.

2.6. Pengarah bermaksud seseorang yang telah diwartakan sebagai Pengarah Rukun Tetangga di bawah Peraturan-Peraturan Perlu (RT) 1975.

3. PUSAT RONDAAN

3.1. Setiap Kawasan/Sektor Rukun Tetangga yang mengendalikan Skim Rondaan Sukarela perlu mempunyai sebuah pusat rondaan sebagai pusat operasi.

3.2. Pusat rondaan boleh diadakan di pusat atau di bangunan Rukun Tetangga, Balai raya, dewan orang ramai, pos kawalan, di rumah ahli Jawatankuasa Skim atau di mana-mana tempat yang difikirkan sesuai yang dibenarkan oleh seseorang Pengarah Rukun Tetangga.

3.3. Alat-alat yang perlu ada di pusat rondaan adalah: Buku Rekod Kedatangan, Daftar Pemastautin Sukarelawan, Buku Rekod Rondaan, Kotak Pertolongan Cemas dan lain-lain peralatan yang difikirkan perlu oleh Jawatankuasa Skim atau Pengarah Rukun Tetangga.

4. TUJUAN RONDAAN

4.1. Membantu mencegah jenayah dan gejala sosial yang negatif di dalam kawasan rondaan.

4.2. Membendung kegiatan jenayah dan gejala sosial yang negatif.

4.3. Membantu pihak berkuasa menangkap penjenayah dan menyerahkan penjenayah tersebut kepada pihak polis dangan kadar segera.

4.4. Membantu menguatkuasa undang-undang jika diminta berbuat demikian oleh Pengarah Rukun Tetangga dan lain-lain agensi penguatkuasa seperti polis.

4.5. Memberi perlindungan ke atas nyawa dan harta benda pemastautin.

4.6. Membantu melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan oleh seseorang Pengarah Rukun Tetangga atau Jawatankuasa Skim dari semasa ke semasa.

5. TUGASAN RONDAAN

5.1. Tugas rondaan terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu rondaan berjalan kaki dan rondaan berkenderaan.

5.2. Rondaan berjalan kaki tidak kurang dari 3 orang Pemastautin Sukarelawan dan kawasan rondaan tidak melebihi 2 kilometer.

5.3. Manakala rondaan berkenderaan tidak kurang dari 3 orang anggota Pemastautin Sukarelawan dan kawasan rondaan yang lebih luas.

5.4. Rondaan berkenderaan boleh dilaksanaan samada dengan menggunakan kereta, motosikal atau basikal.

5.5. Setiap Pemastautin Sukarelawan adalah bertanggungjawab bagi mendapatkan tarikh, masa dan kawasan rondaan daripada Jawatankuasa Skim.

6. TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA SKIM

6.1. Menyediakan Daftar Pemastautin Sukarelawan yang mengandungi butir-butir peribadi Pemastautin Sukarelawan.

6.2. Menyediakan Roster Rondaan Pemastautin Sukarelawan.

6.3. Memaklumkan kepada semua Pemastautin Sukarelawan kandungan Roster Rondaan dan membekalkan satu salinan kepada Pengarah Rukun Tetangga dan pihak polis.

6.4. Mempamerkan Roster Rondaan di Pusat Rondaan.

6.5. Memilih seorang Pemastautin Sukarelawan sebagai Ketua Kumpulan Rondaan bagi setiap syif.

6.6. Menyusun rondaan sukarela.

6.7. Mendapatkan Surat/Kad Pengenalan Diri Pemastautin Sukarelawan yang telah ditandatangani Pengarah Rukun Tetangga.

6.8. Menyediakan peralatan rondaan yang diperlukan.

6.9. Mendapatkan sumber kewangan dan menjelaskan segala perbelanjaan berkaitan dengan rondaan sukarela.

6.10. Memberi maklumat yang dikehendaki oleh Pengarah Rukun Tetangga dan pihak Polis dari masa ke semasa berhubung dengan pengendalian Skim Rondaan Sukarela.

6.11. Menyedia dan mengemukakan Laporan Bulanan Rondaan kepada Pengarah Rukun Tetangga.

7. TAKLIMAT SEBELUM MEMULAKAN RONDAAN

7.1. Ketua Kumpulan Rondaan hendaklah membuat persediaan pada tiap kali sebelum memulakan rondaan.

7.2. Takliamt sebelum memulakan rondaan hendaklah di sampaikan oleh Ketua Kumpulan Rondaan, Jawatankausa Skim atau Ahli Jawatankuasa Skim.

7.3. Anggota Pemastautin Sukarelawan hendaklah dibaris 15 minit sebelum keluar membuat rondaan dengan tujuan memastikan:

7.3.1. Semua anggota Pemastautin Sukarelawan hadir.

7.3.2. Semua anggota Pemastautin Sukarelawan yang bertugas dibekalkan dengan peralatan rondaan.

7.3.3. Semua anggota Pemastautin Sukarelawan menandatangani Buku Rekod Kedatangan.

7.4. Memberi taklimat mengenai arahan-arahan seperti berikut:

7.4.1. Laluan serta kawasan rondaan yang telah ditetapkan.

7.4.2. Cara-cara menjalankan rondaan.

7.4.3. Perhubungan dengan orang ramai.

7.4.4. Perhubungan dengan polis dan lain-lain agensi penguatkuasaan.

7.4.5. Arahan daripada Pengarah Rukun Tetangga dan Jawatankuasa Skim.

7.4.6. Memberitahu tempat-tempat yang perlu diambil perhatian untuk keselamatan diri.

7.4.7. Memberitahu kejadian-kejadian yang telah berlaku berdasarkan maklumat orang ramai dan rondaan terdahulu dari ini.

7.5. Menyuraikan baris Pemastautin Sukarelawan selepas taklimat.

7.6. Memberi arahan agar rondaan dimulakan mengikut laluan serta kawasan rondaan yang telah ditetapkan.

8. CARA MENJALANKAN RONDAAN

8.1. Berjalan ditepi jalan dalam jarak yang selamat dari kenderaan dihadapan dan kenderaan di belakang dan jika berkenderaan, kenderaan mesti dipandu perlahan dalam jarak yang selamat dari pengguna jalan raya yang lain.

8.2. Sentiasa berwaspada dan mengawasi keadaan serta laluan dan kawasan rondaan.

8.3. Jika rondaan dibuat pada waktu malam hari, elakkan dari membuat bising yang boleh mengganggu ketenteraman orang ramai.

8.4. Hendaklah menghubungi Pusat Rondaan bagi membuat laporan mengenai keadaan semasa dan perkara-perkara yang memerlukan tindakan segera Pusat Rondaan.



9. TANGGUNGJAWAB KETUA KUMPULAN RONDAAN

9.1. Mengetahui ahli-ahli kumpulan rondaan dalam syif yang telah ditetapkan.

9.2. Memberi taklimat mengenai arah rondaan, peraturan-peraturan/larangan serta tindakan yang perlu di ambil semasa rondaan dan sebelum rondaan.

9.3. Mempastikan semua ahli syif menurunkan tandatangan dalam Buku Rekod Kedatangan.

9.4. Mempastikan semua ahli syif membawa peralatan yang ditentukan semasa rondaan.

9.5. Bertanggungjawab mengumpul semua peralatan yang digunakan selepas selesai rondaan dan menyimpan dalam stor/tempat yang telah ditentukan oleh Jawatankuasa Skim.

9.6. Mengawasi supaya ahli-ahli mematuhi arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Skim.

9.7. Membuat laporan dalam buku catatan Rondaan sesudah selesai menjalankan rondaan mengikut syif yang telah ditetapkan.



10. TANGGUNGJAWAB PEMASTAUTIN SUKARELAWAN SEMASA RONDAAN



10.1. Sentiasa bersedia untuk mematuhi segala arahan daripada Pengarah Rukun Tetangga, Jawatankuasa Skim, Ahli Jawatankuasa Skim dan Ketua Kumpulan Rondaan.

10.2. Sentiasa membawa Surat/Kad Pengenalan Diri dan menggunakan alat-alat yang ditentukan oleh Pengarah Rukun Tetangga dan Jawatankuasa Skim.

10.3. Sentiasa menjaga disiplin serta berkelakuan penuh tertib dan sopan semasa menjalankan Skim Rondaan Sukarela.

10.4. Sentiasa memakai ‘uniform’ yang telah diluluskan serta dibenarkan oleh seseorang Pengarah Rukun Tetangga semasa rondaan.

10.5. Seseorang Pemastautin Sukarelawan hendaklah pada sepanjang masa dan ketika:

a. Tidak mengingkari arahan Ketua Kumpulan Rondaan

b. Tidak menggunakan bahasa lucah dan memalukan, serta memaki hamun pada masa bertugas;

c. Tidur atau berjudi;

d. Tidak memberi maklumat palsu;

e. Tidak hadir bertugas tanpa sebab;

f. Tidak berada di bawah pengaruh alkohol atau apa-apa dadah pada masa bertugas;

g. Tidak secara cual atau tanpa sebab-sebab yang berpatutan menyebabkan terlepasnya tembakan sesuatu senjata api pada masa bertugas; dan

h. Tidak bertindak dengan apa-apa cara yang tidak dinyatakan di atas yang boleh memudaratkan kebajikan sesuatu Kawasan/Sektor Rukun Tetangga.



11. KUASA MATA-MATA PEMASTAUTIN SUKARELAWAN SEMASA RONDAAN



11.1. Seseorang Pemastautin Sukarelawan semasa bertugas meronda atau mengawal dalam kawasan tugasnya adalah disifatkan sebagai seorang pegawai polis berpangkat mata-mata dan mempunyai segala kewajipan, segala kuasa dan segala imuniti seorang pegawai polis berpangkat mata-mata.

11.2. Walau bagaimanapun, kuasa mata-mata Pemastautin Sukarelawan semasa bertugas meronda atau mengawal dalam kawasan tugasnya adalah tertakluk kepada apa-apa atahan, syarat, sekatan atau batasan yang boleh dinyatakan semasa secara lisan atau bertulis oleh seorang Pengarah, Jawatankuasa Skim atau ahli Jawatankuasa Skim.



12. TAKLIMAT SELEPAS TAMAT RONDAAN

12.1. Ambil baris anggota Pemastautin Sukarelawan yang habis tugas di luar pusat rondaan.

12.2. Ketua Kumpulan Rondaan perlu menentukan:

12.2.1. Semua anggota Pemastautin Sukarelawan baik dari tugas rondaan.

12.2.2. Arahan mengembalikan peralatan rondaan.

12.2.3. Memberi taklimat mengenai hasil daripada rondaan yang telah dilaksanakan.

12.2.4. Menyurai baris tugas.

12.2.5. Membuat catatan serta laporan rondaan di dalam Buku Rekod Rondaan.



13. MENJAWAB PANGGILAN TELEFON

13.1. Hendaklah menjawab telefon dengan tertib dan sopan santun sebagai mana kehendaki oleh Pengarah Rukun Tetangga dan Jawatan Skim.

13.2. Mendengar dengan teliti dan mencatat apa-apa aduan, berita atau makluman yang hendak disampaikan oleh mereka yang membuat panggilan.

13.3. Memaklumkan dengan kadar segera apa-apaa aduan, berita atau makluman kepada Pengarah Rukun Tetangga, Jawatankuasa Skim atau pihak polis; jika ianya memerlukan tindakan segera dan serta merta.



4. PERSIAPAN MENYERAH TUGAS PENYELIAAN DI PUSAT RONDAAN



14.1. Ahli Jawatankuasa Skim atau Pemastautin Sukarelawan yang ditugaskan di Pusat Rondaan dikehendaki membuat catatan satu senarai untuk serah menyerah tugas bagi menyenangkan untuk meneliti dan mempastikan semua perkara dalam keadaan lengkap.

14.2. Sebelum menerima tugas, ahli Jawatankausa Skim atau Pemastautin Sukarelawan yang akan mengambil alih tugas menyelia Pusat Rondaan, mempastikan semua borang dan peralatan yang adalah lengkap dan sempurna.

14.3. Memberi taklimat dan arahan tugas kepada yang menerima tugas menyelia Pusat Rondaan.

14.4. Memberitahu jika ada aduan atau kes-kes terbaru yang diterima.

14.5. Memberi penerangan mengenai tahunan atau tangkapan samada masih dalam tahunan atau telah diserah kepada pihak polis.

14.6. Bersurai setelah diambil alih oleh ahli Jawatankuasa Skim atau Pemastautin Sukarelawan yang baru masuk bertugas.

15. LAIN-LAIN TUGAS DI PUSAT RONDAAN

15.1. Membantu orang ramai menunjukkan tempat yang ingin mereka pergi, contoh seperti ke rumah saudara mara dan sebagainya.

15.2. Menjadi mediator dalam sebarang pertelingkahan orang ramai jika diminta berbuat demikian.

15.3. Menghubungi Balai Polis berhampiran bagi mendapatkan maklumat atau bantuan jika diperlukan.

16. PENYELARASAN TUGAS DI PUSAT RONDAAN

16.1. Penyelarasan tugas di Pusat Rondaan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Skim.

16.2. Jawatankausa Skim bertanggungjawab melantik tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawankuasa Skim atau Pemastautin Sukarelawan pada satu-satu masa sebagai Penyelia di pusat Rondaan sewaktu rondaan sedang dilaksanakan.

16.3. Jawatankausa Skim bertanggungjawab bagi menentukan waktu bertugas ahli Jawatankausa Skim atau Pemastautin Sukarelawan sebagai Penyelia Pusat Rondaan mengikut roster rondaan yang telah ditetapkan.

16.4. Jawatankuasa Skim hendaklah melantik salah seorang Penyelia Pusat Rondaan sebagai Ketua Penyelia Pusat Rondaan.



17. TUGAS PENYELIA PUSAT RONDAAN

17.1. Penyeliaan Pusat Rondaan hendaklah tiba di Pusat Rondaan satu (1) jam lebih awal sebelum syif rondaan bermula.

17.2. Penyelia Pusat Rondaan hendaklah mempastikan semua peralatan termasuk buku catatan bagi kegunaan rondaan telah disediakan oleh Jawatankausa Skim.

18. PERHUBUNGAN DENGAN ORANG RAMAI

18.1. Mempastikan Ahli Jawatankausa Skim atau Pemastautin Sukarelawan yang bertugas di Pusat Rondaan atau yang menjalankan rondaan sentiasa menjaga disiplin, sopan dan santun serta berbudi bahasa dan pekerti yang tinggi mutunya sewaktu berurusan dengan orang ramai.

19. KERJASAMA DENGAN PIHAK POLIS

19.1. Pihak polis hendaklah dimaklumkan mengenai kewujudan Skim Rondaan Sukarela di Kawasan/Sektor Rukun Tetangga yang berkenaan.

19.2. Satu salinan daftar Pemastautin Sukarelawan yang terlibat dengan Skim Rondaan Sukarela dan roster hendaklah diberikan kepada pihak polis.

19.3. Semua pihak termasuk Jawatankausa Skim, Ahli Jawatankausa Skim dan Pemastautin Sukarelawan hendaklah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis berhubung dengan sebarang maklumat mengenai Skim Rondaan Sukarela.

19.4. Pihak polis hendaklah juga dijemput untuk bersama-sama meronda bersama Pemastautin Sukarelawan.

19.5. Sebarang kejadian atau laporan yang mencurigakan hendaklah dimaklumkan kepada pihak polis sama ada oleh Jawatankuasa Skim Rondaan Ahli Jawatankuasa Skim dan Pemastautin Sukarelawan.



20. MENERIMA ADUAN ORANG RAMAI DI PUSAT RONDAAN

20.1. Apabila menerima aduan daripada orang ramai, tindakan yang perlu diambil oleh ahli Jawatankuasa Skim adalah:

20.1.1. Menerima dan membuat catatan di dalam buku catatan.

20.1.2. Memaklumkan kepada Jawatankuasa Skim dengan kadar segera.

20.1.3. Menerima arahan daripada Jawatankuasa Skim untuk tindakan selanjutnya.

20.1.4. Merujuk kepada Balai Polis yang berdekatan untuk tindakan selanjutnya.

20.1.5. Merujuk kepada Pengarah Rukun Tetangga untuk tindan selanjutnya.

21. KERJASAMA DENGAN LAIN-LAIN AGENSI KERAJAAN

21.1. Skim Rondaan Sukarela juga berharap untuk mendapatkan kerjasama dengan lain-lain Agensi Kerajaan seperti RELA, JAKIM, MAJLIS PERBANDARAN, PEJABAT, pejabat daerah serta lain-lain Agensi Penguatkuasaan undang-undang dalam manjayakan Skim ini.

21.2. Sebarang bentuk kerjasama dengan lain-lain agensi kerajaan boleh dibincangkan bersama dengan Pengarah Rukun Tetangga dan Jawatankuasa Skim di mana Skim Rondaan Sukarela dilaksanakan.

Monday, July 18, 2011

Kejohanan Badminton KRT Desa Anggerik Ke-3

Pada 17 Julai 2011, bertempat di Dewan Dewan Taman Desa Melati, Putra Nilai telah berlangsung dengan jayanya Kejohanan Badminton KRT Desa Anggerik ke-3 dengan meriahnya. Dihadiri lebih 80 penghuni Desa Anggerik.

Sambutan kepada penganjuran kelihatan bertambah baik berbanding tahun-tahun lalu, khususnya peningkatan dalam penyertaan golongan remaja yang terdiri dari golongan tionghua. Sehinggakan pihak urusetia terpaksa mewujudkan pertandingan peringkat remaja, yang mana pada tahun 2010, hanya perlawanan pertunjukan remaja diadakan.Secara keseluruhannya, seramai 10 orang remaja berumur bawah 14 tahun mengambil dan bahagian, 32 peserta lelaki dan 6 peserta wanita telah mengambil bahagian. Manakala seramai 20 orang kanak-kanak mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna.

Turut diadakan pada tahun ini, pertandingan teka bilangan bulu tangkis. En. Iskandar Bin Lokmanorhakim, muncul sebagai peneka yang tepat membawa pulang sebuah hamper. Turut diadakan cabutan bertuah yang menawarkan 5 buah hamper dan 8 buah mug ekslusif kejohanan.

Sekalung tahniah kepada semua peserta, penghuni yang turut mengambil bahagian dan memberi sokongan kepada program anjuran KRT Desa Anggerik. juga kepada Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Seremban, En Mohd Hakim di atas kesudian merasmikan Kejohanan Badminton Kali Ke-3 anjuran KRTDA. Penghargaan juga kepada semua urusetia yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Juga tahniah kepada pemenang setiap kategori. Berjumpa lagi di masa yang akan datang! Terima Kasih


Tuesday, July 12, 2011

Pekerja swasta ronda malam dapat pelepasan kerja

 KOTA KINABALU 18 Jun – Pekerja sektor swasta yang menyertai Skim Rondaan Sukarela (SRS) di kawasan Rukun Tetangga masing-masing bakal diberikan pelepasan kerja pada hari berikutnya.
Pengarah Pengurusan Perpaduan, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Zulkifli Hashim berkata, pada masa ini pihaknya sedang mengadakan rundingan dengan pihak swasta bagi melaksanakan perkara itu.
“Pada peringkat awal ini masing-masing pihak bersetuju kerana ia tanggungjawab bersama untuk mencegah jenayah, cuma kita tengah tengok mekanisme pelaksanaannya.
“Jadi kita harap dalam hujung tahun ini kita dapat melaksanakan perkara itu,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan program Mari Meronda Bersama SRS Bagus Bah peringkat negeri di Dewan Rakan Muda Kompleks Belia dan Sukan Putatan di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah JPNIN negeri, Nurul Akmalina Shamsuddin; Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Senior Asisten Komisioner Tan Kok Liang; Pengarah Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) negeri, Samasuddin Lawe dan Pengarah Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) negeri, Mulliadi Al Hamdi Ladin.
Menurut Zulkifli, pada masa ini pihaknya sedang giat mengadakan rundingan dengan Persatuan Majikan Malaysia, Persatuan Pengilang Malaysia, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kementerian Kewangan.
Katanya, sekiranya berjaya dilaksanakan kerajaan akan memberi insentif pelepasan cukai kepada majikan yang memberi pelepasan kerja kepada pekerjanya yang melakukan rondaan.
“Pengiraan itu sedang diperhalusi oleh Kementerian Kewangan dengan bantuan Persatuan Majikan Malaysia dan Persatuan Pengilang Malaysia,” katanya.
Dalam pada itu beliau berkata, pada masa ini pihak Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan pekeliling supaya penjawat awam yang bertugas dalam tempoh empat jam sebulan dalam SRS diberi pelepasan cuti.
“Jadi perkara ini dicemburui oleh pihak swasta kerana mereka juga meronda tetapi tidak mendapat peluang tersebut,” ujarnya.

ARKIB : 19/06/2011

Friday, July 1, 2011

Kejohanan Badminton KRTDA Ke-3 2011

KRT Desa Anggerik akan mengadakan Kejohanan Badminton KRT Desa Anggerik Ke-3. Penyrttaan kini dibuka kepada yang berminat, tempat terhad!!!

Yuran penyertaan hanya RM12, hadiah kepada semua semifinalis, juga terdapat acara cabutan bertuah, pertandingan merwarna kanak-kanak. Cepat sebelum terlambat!!!

Monday, May 23, 2011

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak KRTDA 2011

Pada 22 Mei 2011, bertempat di "Stadium d'Anggerik, Perlawanan Persahabatan Bola Sepak KRTDA 2011 di antara Remaja Anggerik dan pasuka pelawat O2t-Team telah diadakan dengan jayanya, seperti yang di rancang. Turut hadir Pegawai Perpaduan Daerah Seremban, En Mohd Hakim,dan Pengerusi KRTDA Mej (B) Jamian Bin Jumi dan Timbalannya, Hj Rosli bagi menyaksikan perlawanan yang bermula jam 9.00 pagi. 

Perlawanan berkesudahan Remaja Desa Anggerik menang 4-2, walaupun ketinggalan 0-2 pada separuh masa pertama kepada pasukan pelawat. Ini adalah perlawanan rasmi buat julung-julung kali diadakan olah KRT Desa Anggerik di padang ini setelah kerja-kerja naik taraf oleh Majlis Perbandaran Nilai selesai. Perlawanan bukanlah untuk mencari pemenang, tetapi sekadar mengisi masa lapang, dan menggalakkan anak muda dan remaja Desa Anggerik terlibat dalam aktiviti yang tidak bermanfaat. Kira-kira 50 orang penghuni turut hadir memberi sokongan dan memeriahkan program berkenaan 



Perlawanan yang diadili oleh Cikgu Hanif dari SK Desa Cempaka berakhir pada jam 10.45 pagi dan diikuti dengan acara penyampaian hadiah dan cenderahati. Pihak KRTDA mengucapkan tahniah dan syabas di atas usaha dan kerjasama yang dihulurkan oleh pihak urusetia dan penduduk yang hadir, juga terima kasih kepada pasukan pelawat yang sudi memenuhi undangan KRT Desa Anggerik.

Friday, April 29, 2011

KRTDA bakal menganjurkan suatu perlawanan persahabatan bola sepak di antara Skuad Remaja KRTDA dan Pasukan O2t-Team di sini. Berikut adalah maklumat program tersebut:
Tarikh : 22 Mei 2011
Hari : Ahad
Masa : 9.00 - 11.00pagi
Tempat : Padang Permainan Desa Anggerik

Penduduk di jemput hadir bagi memeriahkan lagi program...

Tuesday, April 12, 2011

Urutan Peristiwa Berkaitan Dengan Penubuhan Jabatan Perpaduan

Peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 telah membuka mata pelbagai pihak tentang pentingnya usaha-usaha yang lebih serius diberikan tumpuan dalam menguruskan perbezaan serta sensitiviti yang terdapat dalam sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia.Berikutan peristiwa itu, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan. Pada 1 Julai 1969, Jabatan Perpaduan Negara di bawah perintah MAGERAN telah diwujudkan bagi menangani isu-isu berhubung pembinaan semula perpaduan masyarakat di negara ini pada waktu itu. Sejak penubuhannya pada tahun 1969 itu, Jabatan Perpaduan Negara telah mengalami perubahan-perubahan seperti berikut ;

Tahun 1972
Jabatan Perpaduan Negara telah dicantumkan dengan Pejabat Muhibah Negara dan dijadikan Kementerian Perpaduan Negara.

Tahun 1974
Ditukar nama dari Kementerian Perpaduan Negara kepada Lembaga Perpaduan Negara dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Tahun 1980
Lembaga Perpaduan Negara dicantumkan dengan Urusetia Rukun Tetangga dan dinamakan Jabatan Rukun Tetangga dan Perpaduan Negara di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Tahun 1983
Jabatan Rukun Tetangga dan Perpaduan Negara diubah kembali kepada nama asalnya iaitu Jabatan Perpaduan Negara.

Tahun 1990
Pada 27 Oktober 1990, Jabatan Perpaduan Negara telah diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.

Tahun 2004
Pada 27 Mac 2004, Jabatan Perpaduan Negara telah diletakkan semula di bawah Jabatan Perdana Menteri dan dinamakan Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional.

Tahun 2008
Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional telah diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian & Warisan.

Tahun 2009
Pada 9 April 2009, Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional telah diletakkan semula di bawah Jabatan Perdana Menteri.

DEFINISI
Bagi memahami secara lebih jelas tentang program-program Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional serta isu-isu perpaduan dan integrasi nasional, beberapa konsep dan istilah yang berkaitan perlu difahami.

Perpaduan Negara

Satu keadaan di mana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
(Mesyuarat Panel Penasihat Perpaduan Negara, Februari 1992)

Integrasi Nasional

Satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia khususnya di antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Negeri Sabah dan Sarawak, untuk membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
(Jawatankuasa Integrasi Nasional, Jun 1991)

Bangsa Malaysia

Satu bangsa yang bersatu padu, mempunyai satu masa depan yang sama dan diperkongsikan. Sejahtera dan bersatu padu di antara wilayah atau kumpulan etnik. Hidup dalam keadaan harmoni dan berkongsi dengan cara yang sebenar dan adil. Satu Bangsa Malaysia yang kesetiaannya, politik dan kebaktiannya tertumpu kepada bangsa tersebut.
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, September 2003)

Monday, March 21, 2011

Anggota SRS digalak guna radio atur bantu cegah jenayah

KOTA BHARU: Anggota Rondaan Sukarela (SRS) Kawasan Rukun Tetangga (KRT) digalakkan menggunakan radio atur bagi membantu pasukan keselamatan mencegah kejadian jenayah di negeri ini.

Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kelantan, Abdul Hadi Salleh, berkata ini kerana penggunaaan alat itu berkesan bagi mengawal kejadian jenayah, terutama kecurian kenderaan sejak kebelakangan ini.
"Kita menggalakkan semua anggota SRS yang berdaftar di negeri ini menggunakan radio atur kerana ia didapati berkesan bagi membantu pihak keselamatan dalam usaha mencegah jenayah," katanya.
Sebelum ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, M Murugiah, memuji usaha KRT di Kelantan yang pertama memperkenalkan penggunaan radio atur di kalangan anggota SRS bagi membantu pasukan keselamatan mencegah jenayah.

Katanya, setakat ini, jabatan itu tidak menyediakan peralatan komunikasi itu secukupnya kepada anggota SRS di seluruh negeri kerana masalah peruntukan.

Kebanyakan anggota SRS membeli sendiri alat itu atas inisiatif pertubuhan terbabit di negeri ini sejak beberapa tahun lepas dan ternyata berkesan, kata beliau.

Ketika ini lebih 400 daripada kira-kira 5,000 KRT di seluruh negeri mendaftar sebagai anggota SRS. - BERNAMA


Saturday, March 12, 2011

Bencana di Fukushima, Jepun- - KRTDA turut berdukacita




TOKYO - Lebih 10,000 penduduk kelihatan berkeliaran di jalan-jalan raya di Tokyo atau mengambil keputusan tinggal di pejabat atau stesen kereta api akibat gempa bumi terkuat yang melanda Jepun dalam sejarah moden negara itu semalam.
Gegaran pada ukuran 8.9 skala Richter itu menggegarkan pantai timur laut Jepun mengakibat berjuta-juta rumah di seluruh Jepun bergelap, rangkaian telekomunikasi ditutup dan sistem kereta api dihentikan serta-merta menyebabkan 10 juta rakyat Jepun terkandas. Seorang pekerja restoran, Akira Tanaka, 54 merupakan antara orang awam yang mengambil keputusan untuk berjalan kaki ke rumahnya yang terletak di pinggir bandar, Saitama, 20 kilometer ke utara Jepun.
Dia mengakui tidak pernah melakukan perkara tersebut (berjalan kaki pulang ke rumah) sebelum ini.
"Saya sudah berjalan selama sejam dan 10 minit dan masih memerlukan tiga jam lagi untuk sampai. Gempa bumi seperti ini akan berlaku setiap 100 tahun," katanya.
Talian telefon sesak sekali gus menghalang sebarang panggilan dibuat termasuk khidmat pesanan ringkas.
Kegagalan menggunakan telefon bimbit menyebabkan orang ramai berbaris panjang untuk menggunakan telefon awam yang pada kebiasaannya lenggang.
Syarikat telekomunikasi Jepun, Nippon Telegraph dan Telephone Corp. menyediakan talian telefon untuk kecemasan dan laman web Internet untuk pengguna memberi mesej kepada keluarga.
Menurut East Japan Railways Co., perkhidmatan kereta api komuter Tokyo, kereta api bawah tanah dan kereta api had laju tinggi dihentikan, kereta api bawah tanah kembali beroperasi selepas enam jam perkhidmatan ia dihentikan. - AP

Wednesday, February 16, 2011

2,688 kes denggi dilaporkan setakat 10 Feb

Sebanyak 2,688 kes denggi dilaporkan di seluruh negara dengan enam kematian setakat Khamis lepas, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau berkata jumlah itu jauh berkurangan berbanding 5,848 kes dengan 20 kematian yang dilaporkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Sejumlah 46,171 kes denggi dilaporkan dengan 134 kematian sepanjang tahun lepas, katanya.

dengue malaria mosquito outbreak fogging 290905"Walaupun terdapat penurunan dari segi jumlah kes dan angka kematian ini tidak bermakna kita boleh merasa selesa," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Program Gotong Royong Perdana di Kampung Pengalat Besar, dekat Papar hari ini.

Dalam perkembangan lain, Rosnah yang juga anggota Parlimen Papar berkata aktiviti gotong royong perlu dipergiatkan untuk memerangi nyamuk aedes.

“Program gotong royong ini mempunyai dua objektif yang cukup murni iaitu mengeratkan tali silatulrahim di antara semua yang terlibat dan menjadi pencetus kepada usaha membudayakan aktiviti gotong royong dan pengenalan pembersihan
sebagai amalan kehidupan masyarakat kita,” katanya.

Rosnah berkata kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk menghapuskan nyamuk aedes dan mengurangkan insiden jangkitan demam denggi dengan meningkatkan pengetahuan serta menterjemahkan kesedaran tentang bahaya demam denggi kepada aktiviti pencegahan secara berterusan.

--Bernama

Monday, February 14, 2011

Salam Maulid-ur-Rasul

KRTDA menucapkan Selamat Menyambut Maulid-ur Rasul 1431H, bersama-sama kita menghayati sirah dan perjuangan Baginda SAW. Bagi mereka yang berkelapangan, sertailah perarakan Maulidurrasul di Masjid Putra, Bandar Baru Nilai pada jam 7.30 pagi, 15 Februari 2011, dan aktiviti ceramah di Surau Desa Anggerik pada sebelah malamnya.

Tuesday, February 1, 2011

Happy Chinese New Year




KRTDA mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua penduduk berbangsa cina, semoga tahun ini akan memberikan kebahagiaan dan keselamatan bagi semua penduduk di Desa Anggerik.

Friday, January 14, 2011

Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-63

KRT Desa Anggerik  ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan pengukuhan lagi taat setia kebawah Duli Baginda Tuanku, sempena Hari Keputeraan Baginda yg ke-63, pada hari ini.

Semoga Allah lanjutkan usia Baginda Tuanku dalam ketaatan beragama dan diberikan taufiq serta hidayah dalam memimpin Negeri bertuah ini, Negeri Sembilan dengan penuh keadilan berlandaskan hukum Syara' dan kebulatan Adat nan tak lapuk dek hujan, tak lokang dek paneh yakni Adat Perpatih.
KRT Desa Anggerik  juga turut berbangga dengan perlantikan Baginda Tuanku yg dikatakan orang bagai
"Pinang pulang ke tampuk,
 Sirih pulang ke gagang,
 Ayam pulang kepautan."
Seluruh rakyat Negeri Sembilan yakin bahawa dibawah pemerintahan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, seluruh rakyat akan mengecapi kemakmuran dan pelbagai kemudahan kerana Baginda terkenal sebagai seorang raja yang sedar akan tanggungjawab serta kasih akan seluruh rakyat jelata.

Semoga Baginda Tuanku tetap didalam pemerintahan diberikan perlindungan oleh Allah dalam menjalankan  amanah sebagai payung rakyat di seluruh Alam Negeri Sembilan ini.
DIRGAHAYU TUANKU!!!

Salam Takziah

KRT Desa Anggerik merakamkan ucapan takziah buat seluruh keluarga En Zahari di atas pemergian bapanya ke Rahmatullah pada 11 Januari yang lalu, Semoga Rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman. En Zahari yang merupakan seorang AJK KRT yang sentiasa bergiat aktif dalam KRT pastinya merasakan kehilangan yang amat sangat. Al-Fatihah

Saturday, January 8, 2011