SURAU Desa Anggerik akan menganjurkan Solat Sunat Gerhana bersempena kejadian Gerhana Matahari Separa pada 26 Januari 2009 selepas solat Asar. Solat yang akan diimamkan oleh Ustaz Kassim, Pensyarah Pusat Asasi UIAM di Putra Nilai. Amalan ini sangat ditekankan oleh Rasulullah SAW seperti di dalam riwayat berikut:
Dari hadits Abu Mas’ud Al Anshari berkata, “Terjadi gerhana matahari pada hari meninggalnya Ibrahim Bin Muhammad s.a.w, maka manusia mengatakan, "Terjadi gerhana matahari karana kematian Ibrahim". Maka Rasulullah Sholallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, "Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah, keduanya tidak disebabkan gerhana karana kematian atau kehidupan seseorang, jika kalian melihat yang demikian itu, maka bersegeralah untuk ingat kepada Allah dang mengerjakan Solat"
Untuk maklumat penuh mengenai solat Gerhana Matahari dan isu yang berkaitan sila layari laman web Masjid Negara atau klik pada link di bawah:
No comments:
Post a Comment